Persatuan Bola Sepak Perak Raja_Ahmad_Zainuddin_Raja_Omar

Raja Ahmad Zainuddin seorang pengurus pasukan Persatuan Bola Sepak Negeri Perak dan Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) (1990-an). Di bawah kepimpinannya slogan 'kejor yeop kejor' beberapa kali bergegar di Stadium Merdeka.

Pada 2010, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah telah melantiknya sebagai Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Pertandingan FAM bagi penggal 2010-2014.[6]

Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar pernah digantung selama 3 tahun pada 1991 kerana mengkritik FAM. Datuk Ahmad Basri Mohd Akil digantung selama 4 tahun (2001) dan setahun lagi pada 2006 .Orang ketiga yang digantung ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun. Mereka digantung mengikut Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III). Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari 2012 sudah mengingatkan supaya hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media sebelum berbincang dengan jawatankuasa tersebut.[7]

Beliau pernah mencadangkan Malaysia membuka pintu kepada pemain bola sepak dari negara ASEAN, beraksi dalam liga tempatan atas tiket pemain tempatan seperti yang dibuat oleh liga di negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Beliau mencadangkan Persatuan bola sepak negeri mengambil-alih pengurusan stadium di setiap negeri supaya dapat menjana pendapatan bagi mengisi tabung persatuan dan tidak hanya mengharapkan bantuan kerajaan negeri.


Raja Ahmad Zainuddin juga mencadangkan Selama yang terletak dalam kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) perlu dinaik taraf menjadi sebuah daerah bagi mempercepatkan pembangunan di kawasan itu.Kampar yang diisytiharkan sebagai daerah ke-10 negeri Perak pada 21 Mei 2009 ternyata maju. Pembinaan Lebuh Raya Jelas menghubungkan Jelapang-Selama-Batu Kawan akan membantu Selama untuk maju.Begitu juga dengan Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara .[8] Kolej Risda hendaklah dibina berhampiran pusat ternakan haiwan antara Ladang Sungai Segar dan Pondok Tanjung.

Beliau mengalami kemalangan jalanraya dan dirawat di Hospital Selama . Kereta yang dipandunya terbabas. Rakannya patah tangan.